Memaparkan catatan dengan label Kisahnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisahnya. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2009

Setelah Sekian Lama Mencari

Assalamualaikum w.b.t

  Terima kasih diucapkan pada yang sudi membuat singgahan pada blog saya yang tak seberapa ini. Sebelum diteruskan penulisan, ingin diri ini memanjatkan kesyukuran pada hadrat Illahi kerana telah menemukan saya dengan kumpulan HPA, walaupun baru 2 minggu usia saya bersama kumpulan ini dan pada masa yang sama masih lagi belum memiliki kad keahlian yang tetap, saya sudah pun dapat merasakan inilah yang saya cari-cari selama ini. Di saat terbahagi hatinya untuk mendahulukan dunia atau akhirat, tiba-tiba datang satu cahaya kesedaran yang mana meminta-minta untuk terus mencari sesuatu yang melebihkan akhirat dan menyebabkan yang dunia datang menemani. Akhirnya saya di sini.

  Sering terperangkap dengan janji-janji manis pemimpin kumpulan yang mengumpan habuan ratusan k nilai matawang dan kemewahan dunia serta kata-kata semangat berbaur cintakan dunia, maka diri ini menjadi semakin jelak dengan apa yang sedang mereka juangkan, saya dipertemukan dengan orang yang bertanggungjawap memperkenalkan saya ke keluarga HPA ini di dalam satu majlis yang sebenarnya untuk perkara lain yang lebih menerujakan ramai orang, yang mana misi dan visi kumpulan tersebut tertumpu pada penghasilan harta semata-mata tanpa ada tujuan utama yang lebih besar maknanya.

  Sejak dari malam itu, berakhirlah pencarian saya, oleh kerana pandangan matahati dihijabkan dengan materialism selama ini, nama dan perjuangan HPA selama lebih beberapa tahun ini dipandang sepi, malah disertakan dengan senyuman sinis, Astargfirullahalazim, semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya, maka bermulanya dari tanggal 24hb November 2009, rasmilah saya menjadi salah seorang ahli keluarga HPA. InsyaAllah semoga Allah menetapkan iman saya untuk terus berada di landasan yang betul dan turut serta memperjuangkan apa yang HPA juangkan, serta terus menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara dalam merealisasikan impian yang selama ini mungkin mustahil.

  Jadi dengan ini ayuhlah semua saudaraku, mulakanlah perjuangan kita sekarang demi untuk menjamin anak-anak kita yang bakal lahir nanti dapat menikmati kehidupan yang terjamin keadaan keselamatannya,kemakmurannya dan keamanannya. Marilah kita bermula dengan menggunakan produk halal lagi toyyibah untuk memastikan bukan sahaja jasad kita yang menikmatinya, malah rohani kita juga mendapat manfaatnya, kerana ' mencari yang halal itu fardhu untuk umat Islam ' dan ' Produk Halal Tanggungjawab Bersama '. 

'Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu kerana akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina'
(Abu Sulaiman Ad Daroni)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails